Selasa, 15 Februari 2011

Aktiviti kokurikulum Tahun 3

Kokurikulum  tahun  3  akan  bermula  selepas  cuti  pertengahan semester pertama.
Tarikh  : 22.Mac 2011(Selasa )
Masa  :  12.00 - 1.00 tgh
Tempat   :  Dewan  anjung  Budi  dan  Tempat  yang  difikirkan  sesuai.
Semua  guru  yang  terlibat  mengikut  jadual  yang telah  diedarkan  adalah  dipertanggungjawabkan terhadap keselamatan murid pada masa tersebut.Sila rujuk kertas kerja  yang telah diedarkan atau bolehlah dimuatturun dibawah.

Jadual Peperiksaan Bulan Pertama

Rabu, 9 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Kepada  semua guru sesi petang

Adalah dimaklumkan  majlis sambutan Maulidurl Rasul akan diadakan mengikut ketatapan dibawah

Tarikh           :  18.Feb 2011(Jumaat)
Masa            :   5 hingga 6 ptg
Tempat         :  Dewan Anjung Budi
Penceramah  :  Tn Hj Dzulkarnain  b  Hamzah.
Sasaran         :  700 orang  murid  tahun 2  dan  3

Isnin, 7 Februari 2011

Maklumat terkini

Kepada  semua guru darjah tahun 2&3 
sila isi semua  maklumat murid dalam smm,sila gunakan komputer dibilik makmal atau di bilik akses.semua maklumat hendaklah disiapkan pada minggu ini iaitu 11.2.2011.(jumaat) kerjasama cikgu sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.pesanan ini disampaikan oleh guru data.

Rabu, 2 Februari 2011

PEPERIKSAAN BULAN MAC

Peperiksaan  bulan  mac  akan  diadakan  pada 1hb mac  hingga 3 mac  2011 (Selasa hingga  khamis), sila  hantar  soalan  yang  telah siap ditandatangi oleh  ketua/penolong panitia  dan GPk sebelum  18hb Feb 2011  untuk dicetak  dan  semua soalan hendaklah  dikumpulkan  dalam  bilik penyelia petang  sebelum 25 feb 2011.Sila  siapkan  E-markah sebelum  26 Mac 2011 untuk  ditandatangani.Sila  hantar  satu  salinan keputusan kepada s/u peperiksaan untuk  tindakan.